- Kita Bertemu Kerana Allah, Kita Berteman Kerana Allah, Kita Berkasih Kerana Allah, Kita Bersama Kerana Allah... Walau Kata Tidak Pernah Terucap, Walau Mata Tidak Pernah Terpana, Hati Terdetik Kerana Allah... Moga Keberkatan Terpelihara selamanya... (-ukhti+Nizam-)

SAUDARAKU... ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI UMATNYA, TETAPI PERCAYALAH... KALIAN YANG CUBA MENZALIMI DIRI KALIAN DENGA SERINGKALI MEMINTA-MINTA PADA APA YANG BUKAN HAK KALIAN... SEDARLAH... SEMOGA DIRI KITA SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN-NYA DAN DIBERI HIDAYAH SERTA PETUNJUK...SELAMANYA"

Thursday, December 9, 2010

Golongan yang mendapat naungan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
     "Tujuh golongan Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; Insan yang hatinya terpaut dengan masjid, Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan airmatanya."
(Riwayat al-Bukhari dan muslim)

"kalaulah...."

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasullullah s.a.w. bersabda:
     Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yng lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (terj), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

Bahana Kehilangan Ulama dan Ketandusan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka akan mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
(Riwayat al-Bukhary)