- Kita Bertemu Kerana Allah, Kita Berteman Kerana Allah, Kita Berkasih Kerana Allah, Kita Bersama Kerana Allah... Walau Kata Tidak Pernah Terucap, Walau Mata Tidak Pernah Terpana, Hati Terdetik Kerana Allah... Moga Keberkatan Terpelihara selamanya... (-ukhti+Nizam-)

SAUDARAKU... ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI UMATNYA, TETAPI PERCAYALAH... KALIAN YANG CUBA MENZALIMI DIRI KALIAN DENGA SERINGKALI MEMINTA-MINTA PADA APA YANG BUKAN HAK KALIAN... SEDARLAH... SEMOGA DIRI KITA SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN-NYA DAN DIBERI HIDAYAH SERTA PETUNJUK...SELAMANYA"

Thursday, December 9, 2010

Golongan yang mendapat naungan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
     "Tujuh golongan Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; Insan yang hatinya terpaut dengan masjid, Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan airmatanya."
(Riwayat al-Bukhari dan muslim)

"kalaulah...."

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasullullah s.a.w. bersabda:
     Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yng lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (terj), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

Bahana Kehilangan Ulama dan Ketandusan Ilmu

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka akan mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
(Riwayat al-Bukhary)

Sunday, December 5, 2010

Layar Keinsafan

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkan ku kearah cintamu
Tuntuni ku mangapai redhamu
Rimbunan kasihmu ku berteduh
Kepadamu ya tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjan perjalanan
Mencari ketengangan
biar kau menjadi saksi
Tulus tangis ku kala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasan ku terlakar
Berikanlah ku hidayah,
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga di berkati
Hidup ini menuju bahagia
Yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untuk ku berlayar

syaitan di antara nama cinta

Cinta, sesuatu yang indah. dikurniakan oleh Ilahi pada hambaNya di dalam lebih menghargai erti sebuah kehidupan. Cinta akan kedua ibubapa, sahabat handai, saudara seagama, cinta pada negara, pemimpin, alam ciptaan Ilahi dan segalanya. Hati manusia akan terdetik sayang bilamana cinta mula menguasai perasaan.
Namun, cinta juga merupakan bahana sekiranya manusia terus membiarkan diri berada di bawah kawalan nafsu syaitan tanpa dibimbingi iman dan taqwa. SubhanAllah. manusia mampu menjadi hamba kepada syaitan Laknatullah hanya semata-mata untuk memilik cinta yang bukan miliknya...
Hari ini, aku berhadapan dengan situasi bahana cinta Iblis. Subhanaallah, aku doakan agar segalanya berakhir dengan kemenangan Ya Khaliq.. Penderitaan yang diterima oleh sahabatku, yang juga rakan sebilikku Hayati amat menyentuh hatiku. Betapa lemahnya wanita didalam mengharungi makna cinta.
Pertunangan Hayati dengan lelaki pilihannya diuji oleh Allah dengan kewujudan pihak ke3 yang cuba menghancurkan ikatan mereka dengan bantuan syaitan yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Wanita sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan lelaki yang di idamkannya walaupun terpaksa berlawan dengan wanita yang merupakan senyawa dengannya. Hayati menjadi mangsa perbuatan wanita yang bersahabat dengan iblis demi memiliki cinta syaitan.
Apa yg harus aku lakukan sekarang? sebagai sahabat, amat cetek ilmuku di dalam melawan angkara syaitan ini. baru sebntar tadi, Hayati bertemu dgn Iblis yang meminta2 rambutnya. Janjinya kepada manusia, akan merampas cinta yang sedang disemai oleh mereka. Allahuakhbar. aku sebenarnya tak tahu apa yg harus aku bantu, di saat aku menulis blog ini, Hayati sedang berbaring sambil berselimut. aku hanya mampu membuka bacaan ayat2 suci digital dr latopku ini, kerana di saat ini, haram bagiku membaca kalimah suci Ya Ilahi. sebentar lagi, esok, lusa.. aku tak tahu apa yg bakal berlaku.
Ku harap, Hayati tabah dengan dugaan kedua ini selaku menjadi tunangan orang. YA ALLAH, KAU BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA SAHABATKU AGAR DI MAMPU MELAWAN SEGALA TIPUDAYA IBLIS YANG TERNYATA MAHU MEMESONGKAN AGAMA ANAK ADAM INI. YA ALLAH, KAU AKHIRILAH KEJADIAN INI DENGAN KEMENANGAN DIPIHAK YAN BENAR YA ALLAH. KEMENANGAN AGAMA MU.
Ya Allah.. berikan kekuatan padaku agar aku mampu menjaga sahabatku. Agar dirinya jauh dr segala kemungkaranmu, agar dirinya terpelihara di bawah lindunganMu Ya Allah....

Teman

"SEMALAM KITA JADI KAWAN, KERANA KENANGAN SILAM...
HARI INI KITA MASIH BERKAWAN KERANA JANJI SEMALAM...
ESOK KITA AKAN TERUS BERKAWAN KERANA HARI INI KITA SALING MENDOAKAN...
HARI2 KEMUDIAN KITA AKAN TERUS BERKAWAN KERANA ESOK KITA ADA AZAM...
TAPI, ANDAI ESOK TIADA LAGI.. KITA TETAP KAWAN.. WALAUPUN DALAM KENANGAN.."

Batu Yang Aneh

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Sang Ratu (1)

Hati Ratu telah lama tertutup dikaburi dgn hawa nafsu yang memberontak minta dilepaskan. Telah beberpa kali Ratu kecundang dengan perasaannya sendiri, dan seringkali Ratu tewas pada nafsu yang sering membayangi dirinya. Status dara yang dimilikinya terasa begitu berat untuk dipikul sehinggakan Ratu hampir saja nekad untuk membuang gelarannya dek kerana kerakusan nafsu yang sering meminta2. Perkenalan Ratu dengan Khaliq menguji pengakhiran rahsia dirinya, yang sepatutnya diketahuinya yang empunya dirinya. Ratu, seorang wanita yang terjebak di kancah kemaksiatan seringkali cuba menahan dirinya dari mempamirkan kepribadiannya di hadapan para ajnabi, walaupun sering dihasuti oleh nafsu pemakan diri. Namun selama bertahun-tahun Ratu bermain dengan permainan perasaannya tanpa sekali pun dia mematuhi arahan nafsunya. Rizal, Azrul, Fazli, Ridzuan, lelaki yang cuba mendekatinya. Keintiman Ratu bersahabat membawa kepada alam percintaan yang membahagiakan dirinya. Terasa dirinya dihargai, bahagia mengetahui dirinya disayangi dan dimanjai. Namun, keakraban itu sebenarnya sedikit sebanyak telah mendorong Ratu untuk mendekati perasaan gelora yang cuba untuk membuang gelaran ‘dara’ di dalam dirinya.
Hakikat yang pasti, sehingga kepertemuannya dengan Ridzuan, lelaki yang pernah bertakhta dihatinya, Ratu menolak dengan penuh hemat pabila lelaki itu cuba menjebaknya terus untuk merealitikan apa yang selama ini menjadi khayalan Sang Ratu. Namun, disebalik kegilaannya bermain dengan perasaannya, Ratu takut untuk melakukannya. Takutnya pada sang Pencipta kadangkala wujud menjadi benteng pertahanan dirinya. Sehinggalah suatu hari, perkenalan Ratu dengan seorang lelaki setelah perpisahan terjadi di antara Ratu dan Ridzuan. Khaliq, lelaki yang kini bertakhta dihati Ratu, membawa perubahan kedalam diri Ratu. Syaitan semakin mengusai diri, dan Ratu tewas kali ini dengan permainan syaitan durjana. Dimulai dengan ayat2 perosak minda, Ratu dihanyutkan dalam permainan nafsu. ‘phone sex’ merupakan langkah pertama sang Ratu di dalam merealisasikan khayalannya. Ratu seakan puas kerana Berjaya membiarkan dirinya menjadi persinggahan  syaitan durjana. Ratu hilang pegangan, Ratu hilang panduan, Ratu hanyut, hanyut, hanyut terus… namun, masih tercalit sedikit perasaan takut di dalam dirinya untuk melakukan perhubungan ini terus menerus kedunia reality. Ya, Ratu tahu, betapa hina, jijiknya dirinya tatkala membiarkan dirinya terus dipesongkan dan terus dipergunakan oleh nafsu yang sedang memberontak minta dilepaskan. Ya, Ratu sedar betapa dia curang pada cinta pemberian Ya Ilahi yang menuntut manusia ke jalan Ya Rabbi. Ratu tewas… Ratu menggunakan pengantara di atas perhubungan geloranya. Namun, sedikit cebisan sayang yang masih dirasai didalam dirinya, Ratu tidak sanggup melakukan perhubungan terlarang itu sehingga mampu menggugurkan gelaran kebanggaannya selama ini. Akhirnya, sepertimana hubungannya bersama Ridzuan, Sang Ratu kini mengambil langkah sama ke atas Khaliq. Yang membezakannya kini, Ratu telah dinodai dalam diam walaupun ia tidak menjejaskan gelaran kewanitaannya. Ratu tetap bersalah! Ratu tetap berdosa!
Ya… syukur kalimah Laillahaillah masih terus membimbing Ratu disaat Ratu benar2 inginkan bimbingan. Selangkah demi selangkah Ratu menghampiri jalan Ya Rabbi. Selangkah demi selangkah Ratu mengatur gerak mengikuti tali Ya Rabbi. Dan akhirnya, Ratu mampu mengawal gelora nafsunya. Membiarkan perasaan itu terus sebagai persinggahan dunia khayalan tanpa cuba untuk menjadikannya reality untuk kedua kalinya. Biarlah kenangan Sang Ratu bersama Khaliq terus tenggelam di dalam kebanjiran ayat2 suci Alquran, biarkan kisah lalunya tertutup dek penyesalan. Syukur…. Ratu diselamatkan…
Peristiwa hitam yang dilalui Sang Ratu membuatkan dia tekad untuk menjauhi gelaran ‘kekasih’ sekali lagi. Ratu takut untuk menghampiri lelaki atas nama cinta. Ratu takut untuk membiarkan dirinya dimainkan oleh nafsu sekali lagi. Ratu takut sekiranya lafaz taubat dan Bismillah yang diungkapkannya sewaktu penyesalannya itu dahulu tertutup di pintu syurga. Ratu takut seandainya hidayah yang diberikan oleh Yang Maha Pengasih itu ditarik kembali. Ratu takut…
Namun, tiada seorang pun hamba tuhan yang mampu menolak kehadiran cinta. Cinta hadir tanpa dirancang, cinta hadir tanpa diminta, cinta itu wujud tanpa kita sedari. Namun, adakah cinta Sang Ratu untuk sekian kalinya ini juga menempah dirinya kealam Neraka? Ratu tidak tahu, tetapi kini Ratu tahu, cinta itu sedang mula mengusai dirinya… tapi, siapakah yang telah membuat hati Ratu goyah untuk kesekian kalinya? Adakah sejarah lama akan berulang lagi?
Ratu tak mampu mengungkai apa yang bakal terjadi… hati Ratu sekali lagi terdetik perasaan kasih… Cinta Sang Ratu. Adakah dia akan tewas untuk kesekian kalinya? Adakah dia terlupa akan kisah lalunya? Adakah dia mahu membiarkan hidayah yang dikurniakan Yang MAha Pencipta pergi kerana cintanya itu? Cinta Sang RAtu….